KAEDAH RAWATAN RESDONG MELALUI BEKAM ASAP

Kaedah ini menggunakan teknik bekam asap dimana asap melalui corong kain bekam akan masuk ke liang roma bagi membunuh segala hama resdong dan dikeluarkan di permukaan kulit muka si pesakit.

Resdung terbahagi kepada dua peringkat iaitu akut dan kronik. Peringkat akut masih boleh dirawat kerana kurang berbahaya, tetapi resdung pada peringkat kronik dianggap bahaya kerana meninggalkan kesan sampingan dan boleh membawa maut jika resdung ini telah menjangkiti kawasan otak manusia.

Tanda-tanda Penyakit Resdung
 selesema berpanjangan
 hidung sentiasa berair
 hidung tersumbat
 sakit kepala terutamanya di dahi
 tekak berlendir
 demam
 muka berjerawat dan gatal
 telinga gatal

Kawasan bekam yang disarankan.
1. Atas mata kanan, tengah mata, atas mata kiri
2. bawah mata kanan, bawah mata kiri
3. tepi hidung kanan, tepi hidung kiri.

1. Ambil satu kain bekam dan mulakan bakar dan baca “Bismillahirahim” dan “Selawat”, kemudian letak di kawasan no 1 (bahagian kanan muka) hingga seterusnya sampai ke 7 sekali bekam. Lakukan 3 kali iaitu selang sehari.

2. Jika hama-hama yang mati keluar, lapkan dengan tisu.

3. Setelah selesai membekam di muka basuh dengan air suam dan lapkan muka dengan kain bersih.

4. Sila letakkan kain bekam di tempat yang tinggi agar tidak terlangkah.

5. Pantangnya tidak makan makanan gatal selama 7 hari selepas selesai proses bekam yang ketiga seperti ayam, sotong, udang, kerang, budu, ikan pekasam, cencaluk dan sebagainya.

“ Cegahlah sebelum Penyakit Merebak”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINYAK WANGI KASTURI KIJANG

KEK LAPIS SARAWAK GUNA BUTTERCUP... HALAL

KEBORINGAN MELANDA