Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

:rawatan resdong melalui kaedah KAIN bekam asap

:rawatan resdong melalui kaedah KAIN bekam asap

KAEDAH RAWATAN RESDONG MELALUI BEKAM ASAP

Kaedah ini menggunakan teknik bekam asap dimana asap melalui corong kain bekam akan masuk ke liang roma bagi membunuh segala hama resdong dan dikeluarkan di permukaan kulit muka si pesakit. Resdung terbahagi kepada dua peringkat iaitu akut dan kronik. Peringkat akut masih boleh dirawat kerana kurang berbahaya, tetapi resdung pada peringkat kronik dianggap bahaya kerana meninggalkan kesan sampingan dan boleh membawa maut jika resdung ini telah menjangkiti kawasan otak manusia. Tanda-tanda Penyakit Resdung  selesema berpanjangan  hidung sentiasa berair  hidung tersumbat  sakit kepala terutamanya di dahi  tekak berlendir  demam  muka berjerawat dan gatal  telinga gatal Kawasan bekam yang disarankan. 1. Atas mata kanan, tengah mata, atas mata kiri 2. bawah mata kanan, bawah mata kiri 3. tepi hidung kanan, tepi hidung kiri. 1. Ambil satu kain bekam dan mulakan bakar dan baca “Bismillahirahim” dan “Selawat”, kemudian letak di kawasan no 1 (bahagian kanan muka) hing

INFO - RESDONG BOLEH MEMBAWA MAUT!!!

RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada peaskit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat. JADI JANGAN TERLEWAT!!!! RAWAT SEBELUM PARAH!!!!

INFO : RESDONG PUNCA NAFAS BERBAU!!!!

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau . Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan. Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung. Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau. Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus. Sebagai langkah kesihatan, jika simp